Operasi London Bridge

Operasi London Bridge (juga dikenali dengan frasa kodnya "London Bridge is down") ialah rancangan pemakaman Ratu Elizabeth II. Rancangan itu termasuklah pengumuman kemangkatannya, tempoh berkabung rasmi, dan butiran istiadat pemakaman negaranya. Rancangan itu telah dibuat seawal tahun 1960-an dan disemak berkali-kali pada tahun-tahun sebelum kemangkatannya pada tahun 2022.Ungkapan "London Bridge is down" digunakan untuk menyampaikan kemangkatan Ratu kepada perdana menteri United Kingdom dan kakitangan-kakitangan penting, menetapkan rancangan itu. Badan yang terlibat dalam menyediakan rancangan itu termasuk pelbagai jabatan kerajaan, Gereja England, Perkhidmatan Polis Metropolitan, Angkatan Tentera British, media, Taman Diraja, wilayah London, Pihak Berkuasa London Besar dan Pengangkutan untuk London. Beberapa keputusan kritikal yang berkaitan dengan rancangan itu dibuat oleh Ratu sendiri, manakala beberapa lagi yang lain dibiarkan untuk ditentukan oleh penggantinya. Melaporkan mengenai persiapan itu, The Guardian menyifatkan ia sebagai "dirancang dengan tepat" dengan butiran "arcane dan sangat spesifik".[1]Beberapa rancangan lain juga telah diwujudkan untuk menyokong pelaksanaan Operasi London Bridge, seperti Operasi Unicorn (rancangan yang memperincikan apa yang akan berlaku jika Elizabeth mangkat di Scotland, seperti yang telah terjadi). Berlaku serentak dengan Operasi London Bridge ialah operasi berkenaan dengan kenaikan takhta Raja Charles III dan istiadat kemahkotaannya. Beberapa alam Komanwel membangunkan rancangan mereka sendiri untuk bertindak balas terhadap kemangkatan Ratu.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Operasi London Bridge http://www.newstatesman.com/node/155725 //upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7... //www.worldcat.org/issn/0953-4563 http://www.huffingtonpost.co.uk/entry/operation-lo... https://www.theaustralian.com.au/news/nation/till-... https://www.abc.net.au/news/2021-04-17/prince-phil... https://www.bbc.com/news/uk-60617519 https://www.heraldscotland.com/news/17754369.opera... https://www.scotsman.com/news/national/what-are-op... https://www.theguardian.com/uk-news/2017/mar/16/wh...